Privacy Policy
NOTIS DATA PERIBADI & PRIVASI
Ho Partnership ("Firma") menghormati privasi dan oleh itu, kami menganggap dan memandang serius data peribadi anda.
Notis Data Peribadi dan Privasi ini ("Notis") dikeluarkan kepada semua pelanggan kami selaras dengan keperluan Akta Perlindungan Data Peribadi Malaysia, 2010 (Akta 709).
Notis ini menyatakan bagaimana Firma kami mengumpul, mengguna dan melindungi Data Peribadi yang anda berikan kepada Firma tersebut. Dengan menggunakan perkhidmatan Firma tersebut atau dengan melayari laman web Firma tersebut pada www.hopartnership.com (“Laman Web”), anda adalah dengan ini bersetuju bagi pemprosesan Data Peribadi anda oleh Firma tersebut di dalam perkhidmatan undang-undang ataupun perkhidmatanperkhidmatan yang anda perlukan daripada Firma tersebut (“Perkhidmatan-Perkhidmatan”).
1. DATA PERIBADI
1.1 "Data Peribadi" yang anda berikan ataupun yang telah diberikan kepada Firma tersebut termasuk nama anda, maklumat penghubungan, alamat, alamat e-mel, nombor kad pengenalan atau nombor pasport, maklumat akaun bank, butir-butir pasangan atau ahli keluarga anda dan apa-apa maklumat sama ada secara langsung atau tidak yang berkenaan dengan kamu, yang dikumpul, direkodkan dan disimpan oleh Firma tersebut.
1.2 Selain daripada Data Peribadi yang anda berikan kepada Firma tersebut secara langsung (sama ada ketika menggunakan perkhidmatan kami ataupun semasa sebarang komunikasi dengan Firma tersebut), Firma tersebut juga mungkin akan memperolehi Data Peribadi anda dari pelbagai sumber lain, termasuk tanpa had, dari alat carian talian, maklumat yang diperolehi daripada pihak ketiga melalui sumber yang sah termasuk tetapi tidak terhad kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia ataupun Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia, atau di acara-acara yang dianjurkan atau disertai oleh Firma tersebut.
1.3 Berkenaan dengan data peribadi bagi pihak ketiga seperti pasangan anda dan ahli-ahli keluarga anda, anda dengan ini menjamin bahawa anda telah mendapatkan persetujuan mereka untuk membenarkan kami untuk memproses data peribadi mereka dan anda akan melanjutkan satu salinan Notis ini kepada mereka.
2. TUJUAN MEMPROSES DATA PERIBADI
2.1 Dengan menggunakan perkhidmatan Firma tersebut, anda dengan ini bersetuju dan membenarkan Firma tersebut menggunakan dan memproses Data Peribadi anda yang telah berikan kepada Firma tersebut, dalam cara dan untuk tujuan yang dinyatakan di bawah:
(a) untuk tujuan bagi Perkhidmatan-Perkhidmatan tersebut;
(b) untuk menyediakan apa-apa dokumen atau surat cara yang dikehendaki bagi tujuan yang dinyatakan di dalam sub-perenggan (a) di atas dan apa-apa kerja sampingan lain yang berkaitan dengan sub-perenggan (a) di atas, termasuk tetapi tidak terhad kepada, penyediaan kontrak atau perjanjian atau surat cara yang melibatkan kamu, penyediaan perjanjian pinjaman dan penyediaan affidavit-afidavit;
(c) untuk Firma berkomunikasi dengan anda;
(d) untuk tujuan pentadbiran dalaman Firma tersebut termasuk tujuan penyemakan asal usul dan konflik;
(e) untuk memberi maklumat yang diperlukan kepada mana-mana pihak berkuasa atau kerajaan seperti yang dikehendaki oleh undang-undang, peraturan atau keperluan kerajaan; dan
(f) untuk Firma mematuhi obligasinya di bawah undang-undang atau mana-mana peraturan-peraturan yang dikenakan oleh pihak berkuasa atau kerajaan.
2.2 Ia adalah secara sukarela bagi anda untuk membekalkan Data Peribadi anda kepada Firma tersebut. Tetapi, jika anda tidak ingin berikan Data Peribadi anda, Firma tersebut mungkin tidak dapat:
(a) memberikan perkhidmatan yang anda perlukan; atau
(b) berkomunikasi dengan anda secara efektif.
2.3 Firma tersebut juga mungkin akan mengguna dan memproses Data Peribadi anda untuk tujuan lain seperti:
(a) untuk menghantar kepada anda kad-kad ucapan, surat berita, artikel-artikel dan rencanarencana lain, mengedar maklumat acara, persidangan, ceramah dan seminar yang mungkin menarik minat anda; dan
(b) sebagai rujukan kepada editor / penyelidik dalam penerbitan undang-undang dan jurnal dan bakal pelanggan yang inginkan maklumat rujukan bagi kerja-kerja yang pernah kami kendalikan,
jika ada, melalui e-mel atau mel.
2.4 Jika anda tidak bersetuju bagi Firma tersebut memproses Data Peribadi anda untuk tujuan yang dinyatakan dalam perenggan 2.3 di atas, sila maklumkan kepada Firma tersebut dengan menghubungi Firma tersebut melalui butiran hubungan yang dinyatakan dalam perenggan 5.1 di bawah.
3. PENDEDAHAN DATA PERIBADI
3.1 Data Peribadi anda yang diberikan kepada Firma atau diperolehi oleh Firma tersebut akan disimpan sulit oleh Firma. Akan tetapi, ia mungkin perlu bagi Firma tersebut untuk menggunakan pihak ketiga, pembekal perkhidmatan atau individu-individu untuk melaksanakan perkhidmatan-perkhidmatan tertentu bagi pihak Firma tersebut. Dalam situasi ini, anda dengan ini bersetuju dan membenarkan Firma tersebut untuk mendedahkan dan memindahkan Data Peribadi anda kepada pihak ketiga, mahupun di dalam atau di luar Malaysia, termasuk tanpa had, seperti yang berikut:
(a) Penyedia-penyedia perkhidmatan kemasukan data;
(b) bank-bank dan istitusi kewangan;
(c) syarikat insuran;
(d) syaikat yang membekal kemudahan penyimpanan (storage facility);
(e) penasihat luar dan penasihat professional yang lain, seperti juruaudit;
(f) mana-mana badan-badan berkanun, badan-badan pengawal aturan dan/atau pihak berkuasa kerajaan di mana adalah perlu untuk berbuat demikian di bawah undang-undang; dan
(g) mana-mana pihak lain sebagaimana Firma tersebut fikirkan perlu bagi tujuan yang dinyatakan di dalam perenggan 2 di atas.
(Sila ambil maklum bahawa senarai-senarai di perenggan 3 di atas tidak disifatkan sebagai suatu senarai lengkap)
4. E-MEL DAN LAMAN WEB
4.1 Sebarang Data Peribadi yang terkandung di dalam e-mel dan mesej 'Hubungi Kami' yang dihantar melalui Laman Web Firma tersebut hendaklah digunakan dan diproses mengikut cara yang dinyatakan dalam Notis ini. Kandungan mesej-mesej tersebut akan dikawas ketat oleh Firma tersebut.
4.2 Laman Web Firma tersebut mungkin mengandungi sambungan ke laman web dan laman-laman lain. Firma tersebut tidak bertanggungjawab bagi apa-apa Data Peribadi atau maklumat yang anda berikan kepada entiti lain melalui sambungan-sambungan tersebut.
5. PERMINTAAN UNTUK AKSES DAN PERTANYAAN
5.1 Anda boleh pada bila-bila masa selepas ini sama ada memohon untuk mendapat akses kepada, atau memohon untuk pembetulan dibuat ke atas Data Peribadi anda (tertakluk kepada sebarang bayaran, jika berkenaan), atau mengehadkan pemprosesan Data Peribadi anda oleh Firma tersebut, yang mana berkenaan, tetapi tertakluk kepada pengecualian dan sekatan sebagaimana yang terkandung di bawah undang-undang yang terpakai. Jika anda ingin berbuat demikian, sila hubungi:
Alamat :
MANAGING PARTNER
HO PARTNERSHIP
Advocates & Solicitors
Suite A-11-3A, Level 11, Plaza Taragon Kelana,
No. 3, Jalan SS 6/6, Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan,
Malaysia.
No. Tel :
+6 03 – 7665 5173
No. Fax :
+6 03 – 7665 5174
E-mel :
Anda juga boleh menghubungi Firma tersebut melalui butir-butir hubungan di atas jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau aduan berkenaan dengan Data Peribadi anda yang diberikan kepada Firma tersebut.
5.2 Sila ambil perhatian bahawa Firma tersebut mempunyai hak untuk menolak permintaan anda untuk mandapat akses dan/atau membuat sebarang pembetulan terhadap Data Peribadi anda, setakat mana yang dibenarkan di bawah undang-undang yang terpakai.
5.3 Sekiranya terdapat apa-apa perubahan di dalam Data Peribadi anda, anda adalah dikehendaki untuk menghubungi dan memaklumkan Firma tersebut dengan secepatnya melalui butir-butir hubungan yang terkandung di perenggan 5.1 di atas.
6. AM
6.1 Firma tersebut berhak untuk meminda atau mengubah suai Notis ini dari semasa ke semasa.
6.2 Notis Perlindungan Data Peribadi ini diisu dalam kedua-dua Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia. Sekiranya terdapat apa-apa yang tidak konsisten atau terdapat percanggahan di antara versi Bahasa Inggeris dan versi Bahasa Malaysia, versi Bahasa Inggeris akan diguna pakai.
Bertarikh: 27 Mac 2019